Saturday, October 26, 2013

Kemeja Batik

Assalamualaikum,

Jom usha koleksi terkini kemeja batik dari kami. 
Kali ini ZQ post koleksi black & white untuk anda.

Jom cuci mata!!! Sape cepat dia dapat.
Harga termasuk kos postage.
SOLD 
SOLD 
SOLD 
SOLD 
SOLD 
SOLD 
SOLD 
SOLD
Boleh usha kat ZQ Batik facebook juga ye!
Hubungi kami 013-2877995 (Rahmat) @ 014-5053504
 (Kimi) untuk sebarang pertanyaan.

Monday, October 14, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua...


Raikan dengan penuh kesyukuran;
Hati2 dalam perjalanan;
Semoga sentiasa selamat dgn penuh keberkatan;

InsyaAllah...


Saturday, October 12, 2013

Tips Berbelanja

Assalamualaikum,

Selamat Hari Ahad you all, ari santai2, ari shopping, ari beriadah...

Ari ni ZQ nak citer pasal tips berbelanja... Akhir-akhir ini ramai yang pening kepala bila subsidi minyak dikurangkan kan... ye lah, petrol kan salah satu kos wajib untuk kita bergerak. Lainlah kalo kita pakai beskal. Anyway, bila kos utk commute ni naik, mcm2 lah usaha memasing nak ejas budget bulanan kan, kurangkan sana, ejas kat sini. Ada yang kurangkan shopping, ada yang kurang makan kat luar, ada yang kurangkan dating (Eh, dating boleh kurang-kurang ke? x merajuk ke si dia?) hehehe...

ZQ ada terbaca kat KPDNKK punya brosiur ni tentang tips penjimatan. Meh ZQ share ngan korang supaya kita boleh ingatkan diri masing-masing dengan tips berbelanja untuk elakkan inflasi.

Ada 6 tips yang dia senaraikan:

1.  Kene disiplin merancang perbelanjaan (kene buat SIMPANAN PADA AWAL BULAN & senaraikan perbelanjaan ikut kategori);

2.  Kene cari alternative utk MEMINIMUMKAN PERBELANJAAN (dia kata beli @ gunakan jenama lebih murah @ belilah barangan buatan Malaysia - yg ni pandai2 koranglah decide ye);

3.  Kene buat PERBANDINGAN HARGA (yang ni kene rajin buat, especially yang berbelanja groceries sebulan sekali @ kuantiti barang yang banyak sebab boleh berjimat walaupon bezanya hanya dua, tiga posen satu barang);

4.  Kene belanja mengikut KEUTAMAAN (kene rancang ikut keperluan, jangan ikutkan sangat kehendak ati, esok2 menyesal x cukup duit nak makan, hehehe);

5.  Yang ni sometimes ZQ rasa x berapa practical, tp dah dia cadangkan cam tu, ZQ bagitau jer... Cuba utk naik pengangkutan awam @ kongsi kereta. Kalo ke tempat yang pengangkutan awam dia efficient, oklah kan... kalo idak, payah jugak. Satu lagi kalo nak kongsi kereta mmg kene betul2 rancang perjalanan, orang bujang no hal. X de singgah nursery ke, umah pengasuh ke... orang dah kawin, kongsi kete ngan orang umah je la...

6. Kene berhibur secara sederhana contohnya gi melawat muzium @ free concert, tonton DVD dgn keluarga @ rehatkan minda di taman rekreasi.

Itulah dia tips2 berbelanja dari KPDNKK, ZQ rasa ada banyak relevantnya.

Dari ZQ pulak, ZQ rasa ONLINE SHOPPING adalah salah satu penjimatan yang baik. Yelah x yah keluar shopping, dapat jimat minyak kete, dapat elak beli barang2 yang kurang perlu, dapat elak makan kat luar and yang pentingnya dapat spend lebih masa di rumah dengan keluarga tercinta.

Well guys, anyway pandai2 la kita ejas ikut situasi masing2. ZQ harap tips2 ni dapat membantu. Selamat merancang perbelanjaan to you all... and me too...

Friday, September 27, 2013

Batik Chiffon

Assalamualaikum u olls...

Sebelum ZQ ajak korang usha koleksi batik chiffon ari ni,
ZQ nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kawan2 
yang support Give Away pertama ZQ.
Kalo u all berminat, 
masih ada masa lagi coz 
GA tu tamat Isnin depan, 30 Sept 2013.

Anyway, hari ini ZQ nak ajak korang usha koleksi batik chiffon pulak.
Bagi yang belum tahu cemana rupa kain chiffon tu, ni ZQ nak bagitau.
Korang pernah x tengok orang pakai batik yang kainnya lembut and nipis.
Kain dia yang jenis see through tu. 
Biasanya orang buat baju fesyen2, blouse pon ok gak.

Atas permintaan pelanggan ZQ, kami pon dapatkanlah beberapa pasang untuk u all usha2.
Manalah tahu kot korang suka.

Koleksi2 ari ni jenis yang kain utk buat baju dari material chiffon 
Kain utk buat kain/skirt dari material jacquard.
Cantik sangat you!!!

Baju - Chiffon
Kain/Skirt - Jacquard







Kalau ada yang u all berkenan, cam biasalah boleh pm kami. 
facebook @ watsapp @ wechat
0132877995 (Rahmat) @ 0145053504 (Kimi)
Selamat shopping!!!

Monday, September 23, 2013

Give Away No.1

Assalamualaikum,

Jom layan GIVE AWAY...
GA ni untuk menghargai rakan-rakan ZQ... 
U all la tu!
Harap u all sudi2 lah join GA ni ye! 
Mudah jer 



Haaa, cara dia cam ni... 4 steps jer

1.  Buat satu entry tentang GA ini & letak banner atas ni;
2.  Jawab soklan ni > Apakah tagline ZQ Batik?
3.  Tinggalkan link u all kat ruangan komen;
4.  Jadi follower ZQ!

Haaa, senangkan???

Tang hadiahnyer pulak... Kali ini ZQ ada 
1.  Sehelai shawl design muda mudi masa kini... gitu; ngan 
2.  5 buah brooch yg cam kat bawah ni...

Tarikh tutup GA ni adalah pada 30 September 2013 ni yer...


So, sesapa yang sudi layan GA ni jom la layan, ZQ tunggu participation u olls :)...

~ GOOD LUCK ~



Thursday, September 5, 2013

Baju Kurung Batik Ready Made

Assalamualaikum,
Ari ni ZQ update baju kurung ready made size L.
Nape size L je? sebab ari ni ZQ ada customer yang urgently nak cari 2,3 pasang batik ready made size L. Saiz L je. 

So, ari ni ZQ update lah untuk beliau sebagai tambahan pada stok yang ada. 
Harap-harap ada lah yang beliau berkenan ye!
Esok2 insyaAllah ZQ update size lain punya plak...

U all pon kalau ada yang berkenan boleh lah contact ZQ
Rahmat (0132877995) Kimi (0145053504)

Boleh juga tengok stok2 dalam album2 sebelum ini.
Banyak yang gojes gitu...
Jom Soppink!
SOLD
02
SOLD
04
05





Saturday, August 31, 2013

Keluarga ZQ Batik

Assalamualaikum everyone!

Atas cadangan customer dan rakan2 fb ZQ Batik, ari ni kami nak kenalkan ahli keluarga ZQ Batik pada u olls. Kepada customer & bakal customer yang dok tertanya2 cemana la rupa kami. Inilah rupa Kimi ngan abg Rahmat.


Abg Rahmat ni sebenarnya abang ipar Kimi. Tp kat ZQ Batik ni kami kira business partner la... Sumer share, bisnes partner la katakan. Seorang lagi warga ZQ adalah kakak Kimi a.k.a penasihat kehormat (sbb dia kakak, kene hormat la) a.k.a isteri abg Rahmat. Hehehe...

ZQ Batik ni pulak kami baru je bukak bulan April baru2 ni. Diam x diam dh 4 bulan kami beroperasi. Alhamdulillah... berkat sokongan keluarga ngan rakan2, bisnes ni berjalan lancar. Walaupon pada mulanya kami x berapa konfiden. Tp syukurlah, kata orang rezeki ada di mana2. Hanya kita yang perlu berusaha...

ZQ Batik ni dulu cuma bermula dengan jualan kain batik sutera secara online kepada individual customer, tp sekarang kami dah boleh tawarkan perkhidmatan 'beli & tempah jahit', pakaian batik seragam dan juga batik sutera untuk hadiah korporat. Alhamdulillah...

Kejayaan kami ari ni bukan sahaja dr usaha kami tp juga dari cadangan2 membina dari customer & supplier. Thank you so much guys! Kami amat menghargai cadangan u all. Bagi kami, baik supplier mahupon customer, kami anggap semuanya kwn kami dan for that kami akan berikan yang terbaik gitu...

Oklah, dah panjang nau dah rasanya entry kali ni. Kami harap u all sudi continue support kami. Hingga jumpa lagi, thank you again...

Thursday, August 29, 2013

Selamat Hari MERDEKA, Malaysia

Selamat Hari MERDEKA, Malaysia!!!


Assalamualaikum...
Entry kali ini aku nak dedicate untuk cerita Selamat Hari Merdeka Malaysia.
Asyik batik jer kan... 
Sekali sekala teringin jugak berubah angin, yelah tulis blog mcm korang sumer...

Malam ni operasi pasang bendera Malaysia kat umah. Mmg tiap2 tahun aku suka nak sambut MERDEKA. Nak pasang bendera ngan nak nyanyi lagu patriotik... 
Kalo ada kesempatan mmg aku akan ikuti persembahan perbarisan MERDEKA, seronok tengok orang berbaris, maklumlah aku ni anak arwah Lan Komando.

Satu lagi yang aku suka, filem2 kemerdekaan. Sarjan Hasan, Leftenan Adnan, Embun & banyak lagilah. 
Sekarang ni duk usha Tanda Putera, pagi td dengar kat radio cam best jer citer tu.
Confirm aku nak gi tengok.

OKlah got to go... ceh! 
Next time kita citer2 lagi, K!
Bye!!!


Friday, August 23, 2013

Koleksi Batik Terkini Ogos 2013

Assalamualaikum rakan-rakan,
Dah lama rasanya x upload koleksi kami...
Sibuk sket lately, maklumlah musim raya kan...

Anyway Alhamdulillah, hari ini berjaya jugak upload untuk tatapan u olls...
Mcm biasa, kalau u berkenan cepat2lah contact kami ye!

Rahmat 013-287 7995 @ Kimi 014-505 3504
Kami juga available di Facebook 'ZQ Batik'
Jom soppink!!!
01
02
03
04
05

Wednesday, July 24, 2013

Flexible Discount for you... Jom Soppink!!!

Assalamualaikum guys! 
Org gomen dapat gaji ari ni ek? 
Jom cuci mata tengok batik gojes2 lok.

PM kalo berkenan, harga kita bincang. 
Kami offer flexible diskaun sempena raya ni. 
Offer sampai 4 Ogos 2013 ni.
Jom soppink!!!
01
02
03
04
05
06

Saturday, July 13, 2013

June 2013 - 2nd Batch Collections

Assalamualaikum...
Di samping Rayon, Jacquard & 
Crepe kami juga ada collection SUTERA SATIN.
Sutera Satin ni memang ekslusif sebab 
batik ni dibuat menggunakan kain sutera satin. 
Kira paling eksklusif dr yg lain-lain la...
Kelebihannya dia senang gosok, cantik, lembut dan berkilat. 
Satin buat si pemakai nampak anggun sbb kain yg licin dan berkilat...
Kalo berkenan, cepat2 contact kami ye...
Selamat bershopping!
01
02
03
04

Thursday, July 11, 2013

Info & Tips Penjagaan Batik Sutera

Assalamualaikum,

jom explore sedikit info berkenaan BATIK SUTERA…
KENAPA Batik Sutera sangat EKSLUSIF ye?.
Eksklusif kerana ia menggunakan kain sutera bermutu yang anda juga tahu nilainya. Dilukis pula dengan tangan mengikut sentuhan naluri pelukisnya. Sbb itu juga batik sutera adalah unik, tidak akan ada yang sama lukisan dan warna dengannya.  

Ramai customer yang belikan sebagai hadiah untuk seseorang. Birthday mak la, ayah la, kawan la, lecturer, clients, boss dan mcm2 lagi. Bagi mereka batik sutera sememangnya ekslusif dan pasti menambat hati si penerima, in a way betul jugak la kan. Siapa yang tak seronok dapat hadiah batik sutera kan???

Di sini saya juga kongsikan jenis-jenis kain sutera yang kebiasaanya memberi beza pada harganya.
i. Chiffon - Material lembut, kebiasaannya kainnya agak jarang dan memerlukan lining;
      ii. Jacquard - Material lembut dan sejuk dan tak perlu lining. Menjadi pilihan utama;
      iii. Crepe - Material tidak perlu lining dan kainnya sangat lembut dan sejuk bila dipakai;
      iv. Rayon - Tidak perlu lining, seakan-akan jacquard, tetapi sedikit tebal daripada jacquard.

And lastly, sedikit tips penjagaan BATIK SUTERA.
i.   Jangan menjemur batik sutera di bawah sinaran matahari (biasanya saya jemur di bawah bumbung;
ii.  Jangan menggunakan serbuk pencuci (saya hanya menggunakan shower cream);
iii. Jangan menggosok dengan suhu yang tinggi.


Ok, setakat ini sahaja info dan tips untuk hari ini. Jom usha koleksi ZQ Batik lak… Jom!!!


Tuesday, July 9, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna 
Agar dapat kulalui 
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah 
Setahun sudah pun berlalu 
Masa yang pantas berlalu 
Hingga tak terasa ku berada 
Di bulan Ramadhan semula

Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna 
Agar dapat kulalui 
Dengan sempurna

Puasa satu amalan 
Sebagaimana yang diperintahNya 
Moga dapat ku lenturkan 
Nafsu yang selalu membelenggu diri 
Tiada henti-henti

Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna 
Agar dapat kulalui 
Dengan sempurna 

Ku mengharapkan Ramadhan 

Kali ini penuh makna

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja 
Tuhan pimpinlah daku yang lemah 
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna 
Agar dapat kulalui 
Dengan sempurna

Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna 
Agar dapat kulalui 
Dengan sempurna

Ku memohon pada Tuhan 
diberikan kekuatan 
Ku merayu pada Tuhan 
diterima amalan

Selangkah demi selangkah 
Dengan rahmatMu oh Tuhanku 
Ku tempuh jua....

Saturday, July 6, 2013

July Collection 3rd Batch

Assalamualaikum, salam pagi Ahad. 
Jom cuci mata dengan koleksi terkini dari kami...
Masih boleh BELI & TEMPAH dengan kami. 
Sementara TEMPAHAN MASIH DIBUKA. 
Jangan tunggu lagi!!!
Hubungi kami 013-287 7995 (Rahmat) @ 014-505 3504 (Kimi)
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...