Google+ Followers

Saturday, August 31, 2013

Keluarga ZQ Batik

Assalamualaikum everyone!

Atas cadangan customer dan rakan2 fb ZQ Batik, ari ni kami nak kenalkan ahli keluarga ZQ Batik pada u olls. Kepada customer & bakal customer yang dok tertanya2 cemana la rupa kami. Inilah rupa Kimi ngan abg Rahmat.


Abg Rahmat ni sebenarnya abang ipar Kimi. Tp kat ZQ Batik ni kami kira business partner la... Sumer share, bisnes partner la katakan. Seorang lagi warga ZQ adalah kakak Kimi a.k.a penasihat kehormat (sbb dia kakak, kene hormat la) a.k.a isteri abg Rahmat. Hehehe...

ZQ Batik ni pulak kami baru je bukak bulan April baru2 ni. Diam x diam dh 4 bulan kami beroperasi. Alhamdulillah... berkat sokongan keluarga ngan rakan2, bisnes ni berjalan lancar. Walaupon pada mulanya kami x berapa konfiden. Tp syukurlah, kata orang rezeki ada di mana2. Hanya kita yang perlu berusaha...

ZQ Batik ni dulu cuma bermula dengan jualan kain batik sutera secara online kepada individual customer, tp sekarang kami dah boleh tawarkan perkhidmatan 'beli & tempah jahit', pakaian batik seragam dan juga batik sutera untuk hadiah korporat. Alhamdulillah...

Kejayaan kami ari ni bukan sahaja dr usaha kami tp juga dari cadangan2 membina dari customer & supplier. Thank you so much guys! Kami amat menghargai cadangan u all. Bagi kami, baik supplier mahupon customer, kami anggap semuanya kwn kami dan for that kami akan berikan yang terbaik gitu...

Oklah, dah panjang nau dah rasanya entry kali ni. Kami harap u all sudi continue support kami. Hingga jumpa lagi, thank you again...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...