Thursday, July 11, 2013

Info & Tips Penjagaan Batik Sutera

Assalamualaikum,

jom explore sedikit info berkenaan BATIK SUTERA…
KENAPA Batik Sutera sangat EKSLUSIF ye?.
Eksklusif kerana ia menggunakan kain sutera bermutu yang anda juga tahu nilainya. Dilukis pula dengan tangan mengikut sentuhan naluri pelukisnya. Sbb itu juga batik sutera adalah unik, tidak akan ada yang sama lukisan dan warna dengannya.  

Ramai customer yang belikan sebagai hadiah untuk seseorang. Birthday mak la, ayah la, kawan la, lecturer, clients, boss dan mcm2 lagi. Bagi mereka batik sutera sememangnya ekslusif dan pasti menambat hati si penerima, in a way betul jugak la kan. Siapa yang tak seronok dapat hadiah batik sutera kan???

Di sini saya juga kongsikan jenis-jenis kain sutera yang kebiasaanya memberi beza pada harganya.
i. Chiffon - Material lembut, kebiasaannya kainnya agak jarang dan memerlukan lining;
      ii. Jacquard - Material lembut dan sejuk dan tak perlu lining. Menjadi pilihan utama;
      iii. Crepe - Material tidak perlu lining dan kainnya sangat lembut dan sejuk bila dipakai;
      iv. Rayon - Tidak perlu lining, seakan-akan jacquard, tetapi sedikit tebal daripada jacquard.

And lastly, sedikit tips penjagaan BATIK SUTERA.
i.   Jangan menjemur batik sutera di bawah sinaran matahari (biasanya saya jemur di bawah bumbung;
ii.  Jangan menggunakan serbuk pencuci (saya hanya menggunakan shower cream);
iii. Jangan menggosok dengan suhu yang tinggi.


Ok, setakat ini sahaja info dan tips untuk hari ini. Jom usha koleksi ZQ Batik lak… Jom!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...